Wednesday 26 June 2013

masihkah ada peluang?

asssalammualaikum..
tanpa sedar, separa sedar dan dgn sedar, semua manusia melakukan kesilapan
baik secara sengaja atau tidak sengaja
dgn pelbagai alasan
dan ada kalanya kesilapan dan kekhilafan tersebut diulang ulang dgn sengaja
tp mampukah kita utk menebus setiap kesilapan yg dibebani dosa tersebut?
maka, terdetik di hati utk memohon keampunan walaupun berulang kali
sekali lagi, terdetik di hati
"adakah taubat ku diterima lagi oleh Tuhanku? walaupun aku seringkali bertaubat dan kemudiannya aku mengulanginya?"
"adakah taubat ku ini palsu? adakah aku membohongi Tuhanku?"
persoalan demi persoalan bermain di benak fikiran bercampur baur dengan emosi yg adakalnya x dpt diungkap dgn perkataan



“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).


"Wahai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."[QS az-Zumar, 39:53]


tidak ada dosa yg tidak mampu diampunkan melaikan dosa mensyirikkan Allah
dgn izin Allah Al-ghaffar Al-'Afuw
kita sendiri yg sering kali menolak utk memberikan peluang kpd diri utk berusaha memohon ampun kepada Nya
mungkin mmg terlalu banyak kejahatan yg telah dilakukan dan penganiayaan terhadap diri sendiri,
namun, ingatah wahai diri, Allah sentiasa menanti dan mendengar keluhan taubat mu






No comments:

Post a Comment

your faithfull...

your faithfull...